Banjir: Jambatan Sungai Temalir lenyap - Utusan Malaysia

Banjir: Jambatan Sungai Temalir lenyap

JAMBATAN Sungai Temalir di Kuala Krai yang menjadi nadi perhubungan lebih 100 penduduk di kawasan itu 'lenyap' dipercayai dihanyutkan arus deras sungai tersebut pagi ini. -UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Jambatan Sungai Temalir di sini yang menjadi nadi perhubungan lebih 100 penduduk di kawasan itu ‘lenyap’ dipercayai dihanyutkan arus deras sungai tersebut pagi ini.

Kejadian itu disedari pagi ini dan ia menyebabkan lebih 100 penduduk di situ terputus hubungan kerana tidak dapat keluar ke pekan terdekat untuk melakukan urusan harian.

Penduduk, Sabariah Che Kub, 53, berkata, kawasan itu dilanda hujan lebat sejak Selasa lalu menyebabkan paras air Sungai Temalir naik dengan cepat selain arusnya menjadi deras dan berbahaya.

“Laluan altenatif memang ada, tapi jalan itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda sahaja.

“Bagi penduduk yang tiada kemudahan itu, agak sukarlah untuk kami keluar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Abdullah, 50-an pula memberitahu, keadaan jalan alternatif menghubungkan kampung mereka terlalu teruk dan dengan cuaca buruk sekarang, penduduk takut mahu menggunakan laluan tersebut terutama pada waktu malam.

“Diharap pihak yang berkenaan segera membantu membina sekurang-kurangnya sebuah jambatan sementara bagi menghubungkan semula kampung kami dengan jalan besar ke pekan,” katanya. -UTUSAN ON.INE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya