Banjir di Johor terus pulih hanya tinggal 784 mangsa

Banjir di Johor terus pulih, tinggal 784 mangsa

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini terus berkurang apabila hanya seramai 784 mangsa daripada 245 keluarga masih ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri ini setakat 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu menurun berbanding seramai 892 mangsa yang direkod pada pukul 4 petang semalam.

Jelasnya, setakat pagi ini, lima daerah masih terjejas iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Segamat, Kluang dan Batu Pahat.

“Kota Tinggi mencatatkan seramai 525 mangsa diikuti 116 mangsa di Johor Bahru dan Segamat (76); Kluang (50) serta Batu Pahat (17),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian, Kluang masih ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya