Banjir: Bomba pindahkan 40 ekor kucing milik Norhidayah ke PPS

Banjir: Bomba pindahkan 40 ekor kucing ke PPS

ANGGOTA bomba mengangkat sebahagian daripada 40 ekor kucing yang diselamatkan ke dalam trak di Kuala Krai hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Selain manusia dan harta benda, pasukan penyelamat turut membantu memindahkan sebanyak 40 ekor kucing yang menjadi ‘mangsa banjir’ di Kampung Kenor, di sini hari ini.

Kerja-kerja menyelamatkan kucing kepunyaan Norhidayah Kamarudin, 31, itu dilakukan sepasukan anggota dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kuala Krai dan BBP Sungai Durian.

Menurut Norhidayah yang merupakan pencinta kucing, dia menghubungi pihak bomba sebaik melihat paras air banjir di kawasan kediamannya semakin tinggi kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

“Kesemua kucing peliharaan saya sejak 2016 itu diletakkan di tingkat bawah rumah tetapi saya lihat air semakin naik sebelum memindahkan mereka ke tingkat atas.

“Namun ketiadaan ruang menyebabkan saya terpaksa memindahkan mereka ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Norhidayah, sebelum ini dia hanya memiliki lima ekor kucing dan memindahkan sendiri mereka ke PPS terdekat setiap kali rumahnya dilanda banjir.

“Kali ini saya terpaksa meminta bantuan pihak bomba kerana jumlah kucing peliharaan saya semakin banyak,” katanya.

Kesemua kucing di bawah jagaannya itu adalah kucing jalanan yang diselamatkan kerana terbiar di jalanan dalam keadaan sakit dan memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

Hati wanita itu tergerak untuk membela kucing jalanan selepas menjumpai banyak kucing terbiar yang berada dalam kelaparan selepas Bah Kuning melanda Kelantan pada 2014.

“Saya menganggap kucing jalanan yang saya bela ini sebagai anak sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya