Banjir: 56 PPS dibuka libatkan 5,818 mangsa di Johor

Banjir: 56 PPS dibuka libatkan 5,818 mangsa di Johor

KEADAAN bandar Kota Tinggi, Johor yang ditenggelami air banjir pagi hari ini. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini melonjak apabila seramai 5,818 mangsa daripada 1,540 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu satu peningkatan besar berbanding seramai 1,780 mangsa pada pukul 8 malam, semalam.

Ujarnya, setakat ini sebanyak 56 PPS akibat banjir telah dibuka di seluruh Johor.

“Hujan lebat yang turun sejak dua hari lalu telah menyaksikan sebanyak 56 PPS dibuka di tujuh buah daerah dalam negeri ini.

“Daerah paling terkesan termasuklah Johor Bahru yang menyaksikan seramai 2,452 mangsa banjir, diikuti Kluang (1,862 mangsa) dan Kota Tinggi (868 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, setakat pukul 8 pagi hari ini, hanya tiga buah daerah yang masih tidak terjejas iaitu Segamat, Tangkak dan Muar.

Sementara itu, terdapat satu jalan yang terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan ekoran kejadian banjir iaitu Jalan Johor Bahru-Mersing.

“Mangsa maut akibat kejadian banjir kekal seorang, melibatkan seorang mangsa di Kampung Contoh, Kahang di Kluang, semalam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya