Banjir: Seramai 1,077 penduduk Terengganu terjejas

Banjir: 1,077 penduduk Terengganu terjejas

ANTARA penduduk di Kemaman yang meredah air untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir fasa kelima di Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan seramai 1,077 penduduk dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 6 petang ini, kesemua mangsa membabitkan 335 keluarga yang terjejas itu masing-masing dari daerah Kemaman dan Dungun.

Katanya, di Kemaman seramai 877 mangsa banjir direkodkan dengan kesemua mereka ditempatkan di tujuh PPS iaitu Dewan Orang Ramai Teladas, Surau Kampung Ban Ho, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Haji Othman, Masjid Tebak Batu 16 dan Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor.

“Di Dungun pula jumlah mangsa bertambah kepada 200 orang, bagaimanapun bilangan PPS kekal tiga iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dewan Serbaguna Kampung Shukur dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Adam berkata, keadaan cuaca di seluruh negeri masih hujan renyai-renyai manakala sesekali lebat dan berangin terutama di kawasan pantai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya