Baling sofa, tong gas geram cuti tak diluluskan - Utusan Malaysia

Baling sofa, tong gas geram cuti tak diluluskan

SEBUAH kereta yang rosak selepas dihempap sofa dan tong gas yang dibaling dalam kejadian di pangsapuri Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki bertindak membaling sofa dan tong gas dari tingkat lima pangsapuri didiaminya di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini, hari ini selepas berang permohonan cutinya tidak diluluskan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, namun beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan akibat dihempap barangan itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil siasatan awal, lelaki berusia 25 tahun itu bertindak agresif selepas mendapat tahu permohonan cutinya tidak diluluskan oleh majikan.

“Difahamkan dia membuat permohonan cuti untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi bapanya yang sakit.

“Berang permohonannya ditolak, lelaki tersebut bertindak membaling sofa dan tong gas masak dari tingkat lima ke bawah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, tiada individu berada di laluan tersebut ketika kejadian.

“Susulan kejadian itu kita telah menahannya sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga masih belum merakam keterangan daripada suspek dan siasatan lanjut sedang dibuat termasuk meneliti laporan dibuat pemilik kenderaan yang rosak dalam insiden tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya