Ayam sejuk beku meragukan bernilai RM495,608 dirampas - Utusan Malaysia

Ayam sejuk beku meragukan bernilai RM495,608 dirampas

SEBAHAGIAN daripada kotak mengandungi ayam sejuk beku yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Cubaan seludup ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram yang tidak mematuhi syarat import dari Thailand dirampas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam di sini Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai Maqis ke atas sebuah kontena pada pukul 4 petang itu menemukan 5,161 kotak keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM495,608 cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import.

“Ia dipercayai datang dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan,” katanya di sini semalam.

Difahamkan bekalan ayam sejuk beku itu untuk dipasarkan di negara ini.

Jelas beliau, kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya