Aplikasi Ode Jee tawar hantar makanan halal - Utusan Malaysia

Aplikasi Ode Jee tawar hantar makanan halal

Aplikasi Ode Jee menawarkan khidmat penghantaran makanan halal pertama di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19 yang bagaikan tidak berpenghujung ini membuatkan ramai yang mencari alternatif dalam aktiviti seharian.

Alternatif seperti penghantaran makanan dan barangan antara yang mendapat sambutan memandangkan ramai yang lebih gemar duduk di rumah dan mengasingkan diri bagi mengelakkan penularan virus.

Terbaharu, syarikat penghantaran makanan jenama Ode Jee juga bakal memulakan operasinya hari ini dengan menawarkan khidmat penghantaran makanan halal pertama di Malaysia.

Pengerusi Ode Jee, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata, syarikat berkenaan hanya beroperasi di Bandaraya Johor Bahru dan kawasan sekitarnya pada peringkat permulaan ini.

“Kini orang ramai boleh membuat pesanan menerusi aplikasi Ode Jee yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Huawei Store.

“Ode Jee memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang ditawarkan adalah mesra muslim, halal dan mematuhi hukum syarak,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Ketika ini hanya pemilik telefon pintar yang menggunakan sistem Android dan Huawei boleh memuat turun aplikasi berkenaan menerusi Google Play Store dan Huawei Store.

Pengguna IOS pula boleh memuat turun tidak lama lagi.

Aplikasi penghantaran makanan ini mempunyai lebih 1,000 vendor yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman halal dan lebih 200 penghantar makanan di Johor. Ia dijangka beroperasi sepenuhnya di negeri berkenaan menjelang akhir bulan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya