Anwar minta perkenan Seri Paduka kaji semula darurat - Utusan Malaysia

Anwar minta perkenan Seri Paduka kaji semula darurat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meminta ihsan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengkaji semula pengisytiharan darurat.

Malah beliau mengulangi akan mencabar tindakan menggantung Parlimen susulan pengisytiharan itu di mahkamah.

Beliau berkata, tindakan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat sama ada esok atau Jumaat.

“Kita akan ajukan ke mahkamah bersama barisan peguam ekoran permintaan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Ia ada keperluan supaya Parlimen boleh terus bersidang. Urusan Parlimen kalau darurat ditetapkan masih mampu berjalan seiring. Ini urusan Perlembagaan Perkara 150 (3) membolehkan ia (Parlimen) diteruskan, menyegerakan beberapa langkah yang perlu demi keselamatan dan kepentingan negara. Ini yang kita usulkan. Jadi mengapa dilarang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya