Anwar makin terdesak, terkebelakang - Utusan Malaysia

Anwar makin terdesak, terkebelakang

ROSOL Wahid (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada peniaga dan penjaja yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 di Pejabat Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. -UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar pengisytiharan darurat di mahkamah disifatkan sebagai tindakan terdesak dan terkebelakang. 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid berkata, adalah lebih baik jika Ahli Parlimen Port Dickson itu mengurangkan ‘politiking’ sebaliknya memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat dalam situasi negara bergelut dengan pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

“Satu benda yang aneh untuk dikaji semula atau sebagainya kerana pengisytiharan darurat dibuat berdasarkan Perlembangaan dan tiada silapnya, malah, rakyat juga dilihat menyambut baik pelaksanaan tersebut. 

“Suara-suara yang mendakwa pengisytiharan darurat merupakan langkah terakhir untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama sekali tidak betul kerana yang menjadi keutamaan kerajaan ialah keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Semalam, Anwar dalam satu kenyataan memaklumkan akan mencabar pengisytiharan darurat yang dibuat kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mahkamah.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos depan merupakan tempoh terbaik untuk mengurangkan politiking sekali gus mencari titik pertemuan terbaik. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya