PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa seolah-olah tidak tahu bahawa dirinya dipecat dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Perkara terbabit diluahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu melalui Twitternya dengan memuat naik sekeping tangkap layar yang memaparkan ucapan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.
“Ramai yang minta komen..saya tiada apa komen buat masa ini.
“Tempoh bertenang…,” katanya hari ini.
Utusan Malaysia melaporkan BN dikatakan memecat Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan dikatakan tidak sehaluan dengan partinya.
Keputusan itu dikongsi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengambil alih jawatan Annuar itu.
Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan belum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatannya itu. -habis