Aktiviti perniagaan di Perlis beroperasi sehingga 8 malam mulai esok - Utusan Malaysia

Aktiviti perniagaan di Perlis beroperasi sehingga 8 malam mulai esok

WAKTU operasi aktiviti perniagaan sepanjang tempoh PKP di Perlis telah dihadkan kepada pukul 6 pagi hingga 8 malam berkuat kuasa esok. Penjaja makanan ringan di tepi jalan berhadapan Terminal Feri Kuala Perlis, Kuala Perlis baru-baru ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Waktu aktiviti perniagaan di Perlis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok dihadkan dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dalam satu kenyataan memaklumkan, waktu perniagaan tersebut meliputi restoran, kedai atau gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka.

“Penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja. Makan di premis tidak dibenarkan.

“Pelaksanaan ini adalah mengikut ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Tambah kenyataan itu, turut beroperasi pada waktu sama adalah kompleks membeli belah, pasar raya besar, farmasi , kedai serbaneka, klinik dan kedai makanan haiwan serta kedai cermin mata.

“Selain itu, kedai perabot, kedai emas, kedai elektrik dan elektronik, kedai buku dan alat tulis, kedai barangan perkakasan, bengkel kenderaan, pusat penyelenggaraan dan alat ganti termasuk premis 3S (menawarkan khidmat jualan, servis, alat ganti) dan 4S (menawarkan khidmat jualan, servis, alat ganti) juga beroperasi sehingga 8 malam.

“Walau bagaimanapun, stesen minyak kecuali stesen minyak di lebuh raya yang beroperasi sehingga 24 jam dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam, manakala hospital, klinik dan makmal perubatan pula beroperasi 24 jam,” katanya.

Sejak sekian lama bebas jangkitan kes Covid-19 selain berada di dalam status hijau, Perlis mula menunjukkan peningkatan kes tersebut sejak minggu lalu dengan setakat semalam sebanyak 56 kes aktif direkodkan.

Malah buat pertama kalinya sejak tercetusnya pandemik Covid-19, kes terkumpul wabak berkenaan di negeri ini mencecah tiga angka iaitu 120 kes.

Peningkatan kes berkenaan menyebabkan Perlis kini diisytiharkan sebagai zon merah sekali gus arahan PKP kembali dilaksanakan di negeri ini selama dua minggu berkuat kuasa esok. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya