Aktiviti kekeluargaan punca 10 kes positif Covid-19 kluster Palut - Utusan Malaysia

Aktiviti kekeluargaan punca 10 kes positif Covid-19 kluster Palut

Dr. Nor Azimi Yunus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Aktiviti kekeluargaan dikenal pasti menjadi pencetus kluster Palut yang menyebabkan 10 individu termasuk generasi pertama dan kedua disahkan positif Covid-19 di negeri ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kes indeks yang merupakan warga emas berusia 70 tahun itu dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Januari lalu selepas dikesan bergejala pada 22 Disember 2020.

Katanya, pesakit perempuan yang dari Dungun itu mempunyai sejarah ke negeri zon merah dan berjumpa dengan anaknya dari zon merah berlainan.

“Apabila disiasat, kes indeks mempunyai seramai 89 kontak rapat dan hasil daripada aktiviti kekeluargaan telah menjangkiti 10 kontak rapat dengan masing-masing termasuk adik-beradik, suami adik, menantu, sepupu, anak saudara dan ibu ayah kepada menantu. 

“Bayangkan satu kes indeks membawa kepada 89 kontak rapat dan jika 10 kes  indeks,  kontak rapat mungkin akan mencecah kepada 800 orang dan tentunya hospital serta pusat kuarantin bakal penuh sekelip mata,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook.

Sehubungan itu, Nor Azimi meminta masyarakat agar menangguhkan dahulu aktiviti kekeluargaan yang besar kerana tindakan itu mengundang risiko.

“Semua yang balik kampung atau mengadakan aktiviti kekeluargaan dengan niat untuk berjumpa anak-beranak atau menziarahi ibu bapa tanpa disedari telah memberikan mudarat besar kepada ahli keluarga lain.

“Sekarang adalah masa untuk duduk di rumah dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi menjaga diri kita dan orang lain daripada dijangkiti virus Covid-19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN