Aktiviti dry run hantar vaksin Covid-19 ke pedalaman Sarawak berjaya - Utusan Malaysia

Aktiviti dry run hantar vaksin Covid-19 ke pedalaman Sarawak berjaya

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaksanakan aktiviti dry run atau sesi latihan awal penghantaran vaksin Covid-19 ke Klinik Kesihatan Belaga, Sarawak, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia sebagai latihan bagi memastikan persiapan yang rapi dibuat sebelum bekalan sebenar vaksin Comirnaty dari syarikat Pfizer diterima di Malaysia. 

Katanya, pelaksanaan dry run itu adalah usaha sama antara Kementeriannya,  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan syarikat Pfizer (M) Sdn. Bhd. 

“Objektif utama aktiviti dry run ini diadakan adalah untuk menilai keupayaan pengekalan suhu -75°C (+/-15°C) vaksin Comirnaty sepanjang rantaian penghantaran, iaitu dari pihak pengilang sehingga ke fasiliti yang dipilih. 

“Selain itu, aktiviti ini akan menilai kebolehlaksanaan proses-proses yang terlibat dalam pengendalian vaksin Covid-19 dan menguji pelaksanaan Garis Panduan Pengendalian Vaksin Covid-19 yang telah dibangunkan di lapangan agar pengedaran sebenar ke seluruh Malaysia kelak akan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adham, Pada 8 Januari lalu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 keluaran syarikat Pfizer itu dan Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin tersebut untuk fasa pertama bekalan pada penghujung Februari ini. 

Beliau menjelaskan, sebagaimana yang diketahui umum, vaksin Comirnaty memerlukan penyimpanan pada suhu ultra sejuk, -75°C (+/-15°C) yang memberi cabaran dalam proses pengedaran vaksin tersebut.

“Kementerian Kesihatan akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 antaranya melalui perolehan bekalan vaksin yang berkualiti, selamat dan berkesan serta memastikan pelan imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan dengan lancar.

“Latihan penghantaran vaksin ke pedalaman Sarawak ini berjaya dan Belaga dipilih sebagai lokasi latihan ini kerana Kementerian Kesihatan mahu menilai keupayaan pelaksananaan vaksinasi di pedalaman. 

“Klinik Kesihatan Belaga berada sejauh 178 kilometer atau kira-kira empat jam perjalanan dari bandar terdekat iaitu Bintulu (dan kira-kira 778 km dari bandar Kuching) melalui jalan darat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN