Air Terjun Tanjung Batu langsung tidak terjejas - Utusan Malaysia

Air Terjun Tanjung Batu langsung tidak terjejas

PEGAWAI pejabat exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) meninjau kawasan air terjun Tanjung Batu yang rosak akibat aktiviti kuari di Pantai Remis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Air Terjun Tanjung Batu sebenarnya masih terpelihara’.

Demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin susulan kawasan air terjun di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang di Pantai Remis yang dikatakan musnah akibat aktiviti kuari itu.

Beliau berkata, air terjun berkenaan langsung tidak terjejas dan berada di luar kawasan yang diberi lesen mengusaha hasil pengeluaran batu kuari iaitu berjarak satu kilometer dari tapak kuari tersebut.

Menurutnya, kawasan terjejas yang tular dalam media sosial dan media massa sebenarnya adalah alur air bermusim yang muncul apabila berlaku hujan terutama ketika hujan lebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya