Banjir: Air Sungai Golok lepasi paras bahaya selepas hujan lebat

Air Sungai Golok lepasi paras bahaya

PENANDA di Sungai Golok menunjukkan paras air sungai tersebut kini melebihi paras bahaya hari ini. - FOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Beberapa kawasan rendah di daerah ini mula dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Golok selepas hujan lebat di kebanyakan tempat di seluruh negeri sejak beberapa hari lalu.

Antara kawasan rendah yang mula dinaiki air ialah Kampung Rahmat, Kampung Kajang, Kampung Lubok Gong, Kampung Terusan, Gual To’ Deh, Lanchang dan Bongor.

Menurut laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my, bacaan paras air Sungai Golok pada pukul 12 tengah hari ini telah mencecah 9.68 meter, iaitu melepasi paras bahaya 9 meter.

Setakat tengah hari ini, sebuah Pusat Pemindahan Banjir (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat, di sini dan seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga mula ditempatkan di situ hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah.

“Kita tidak menolak kemungkinan paras air Sungai Golok akan terus naik jika hujan lebat berterusan.

“Kita melakukan rondaan berkala setiap tiga jam sekali bagi memantau paras terkini air Sungai Golok,” katanya ketika ditanya perkembangan terkini situasi banjir di Rantau Panjang hari ini.

Imran berkata, anggotanya sentiasa mengingatkan mangsa banjir di semua PPS supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal serta pemakai pelitup muka dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya