KUALA LUMPUR: Terharu sebak sangat.
Itu luahan ringkas pendakwah popular Ebit Lew apabila mendapat peluang bertemu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan belanja beliau makan ikan patin di Temerloh hari ini.
“Ya Allah. Malu sangat rasa sebab daripada mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Daripada mula minta baca doa sebelum makan, “ ujarnya menerusi Facebook hari ini.
Kata beliau YDPA berulang kali menyebut ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang.
“Allahuakbar, sebenarnya sedikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA, Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sejak pagi sampai lewat malam.
Menurut beliau lagi semasa masa makan YDPA Agong disuap oleh Permaisuri Agong. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.
“Lagi rasa malu bila tiba-tiba
“Tuanku bangun ajak ‘team’ saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami.
“Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE