ADUN pembangkang Selangor tidak dapat peruntukan kerajaan negeri - Utusan Malaysia

ADUN pembangkang Selangor tidak dapat peruntukan kerajaan negeri

Mohd. Imran Tamrin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengumuman kerajaan negeri berhubung Peruntukan Khas Selangor Mesra Rakyat bernilai RM100,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini didakwa berat sebelah apabila tidak diberikan kepada blok pembangkang.

ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin mendakwa, kerajaan Selangor dilihat masih lagi bermain politik ketika pandemik Covid-19.

Dakwanya, peruntukan tersebut diberikan kepada penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan Harapan (PH) atau lebih dikenali DUN angkat.

“Saya tidak boleh meminta peruntukan ini walaupun menjadi ADUN yang dipilih oleh rakyat kawasan Sungai Panjang.

“Sebaliknya, hanya penyelaras DUN sahaja yang boleh menggunakan peruntukan tersebut untuk merangka apa-apa program. Malah, saya difahamkan juga beberapa ADUN pembangkang mengalami nasib sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rabu lalu, Amirudin mengumumkan kerajaan Selangor akan memberikan RM100,000 kepada 56 DUN di seluruh negeri di bawah Peruntukan Khas Selangor Mesra Rakyat.

Selain ADUN, Ahli Parlimen turut diberikan RM50,000 dalam peruntukan khas tersebut supaya wakil rakyat yang dilantik dapat membantu rakyat kawasannya yang terkesan semasa PKP fasa kedua.

Sementara itu, ADUN Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu mengakibatkan beliau menggunakan gajinya sendiri untuk membantu rakyat.

Ahmad Yunus Hairi

Jelas beliau, setiap hari pejabatnya dikunjungi oleh penduduk Sijangkang yang memohon bantuan dan jumlah mereka yang hadir semakin bertambah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.

“Saya berharap kerajaan negeri melihat semula perkara ini dan dapat mempertimbangkan keputusan yang dibuat mereka. 

“Sekiranya peruntukan ini diberikan, lebih ramai penduduk Sijangkang yang boleh dibantu,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya