Aduan jalan rosak kepada MBI guna aplikasi - Utusan Malaysia

Aduan jalan rosak kepada MBI guna aplikasi

RUMAIZI Baharin mengimbas kod QR aplikasi khas untuk aduan jalan rosak kepada MBI pada majlis pelancaran di Ipoh hari ini. - UTUSAN/GAMBAR MBI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebarang maklumat berhubung jalan rosak di bandar ini kini boleh disampaikan orang ramai secara terus dan mudah kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerusi aplikasi khas aduan Pothhole MBI yang dilancarkan hari ini.

Inisiatif berkenaan diperkenalkan bagi memudahkan warga di bandar ini menyalur aduan agar lokasi kerosakan dapat dikenal pasti untuk diambil tindakan segera.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, platform saluran aduan termasuk diakses menerusi telefon pintar itu merupakan alternatif kepada aduan sedia ada dan bersifat mesra pelanggan.

Menurut beliau, platform khas aduan Pothole MBI tersebut akan menggunakan aplikasi WhatsApp menerusi talian 017-4122 113 atau secara imbasan kod QR yang dibangunkan oleh pihak MBI untuk kemudahan warga bandar Ipoh.

“MBI telah menyediakan maklumat-maklumat dan tatacara penggunaan aplikasi berkenaan untuk membantu orang rama bagi menyalurkan aduan yang boleh dilayari bermula hari ini.

“Ia bersifat mudah guna sama ada diakses laman web MBI atau saluran media sosial Facebook, Instagram dan Twitter,” katanya selepas melancarkan aplikasi tersebut di Bangunan MBI di sini hari ini.

Menurut Rumaizi, aplikasi bergerak ini membolehkan aduan yang diterima diproses dengan cepat dan lebih sistematik, begitu juga maklum balas kepada pengadu akan dapat diberikan dengan segera.

Beliau berkata, MBI akan menilai keberkesanan aplikasi berkenaan dalam tempoh dua minggu dan akan membuat penambahbaikan selepas mendapat respons dari warga bandar raya ini.

“MBI terbuka untuk mendengar semua aduan daripada masyarakat sebab kita percaya dan berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat iaitu keadaan jalan yang selamat dan selesa.

“Kita juga mahu orang ramai menjadi mata dan telinga bagi membantu MBI untuk mengenal pasti  kawasan jalan rosak dengan disertakan maklumat lokasi yang tepat dan sahih dan seterusnya menyelesaikan aduan dengan berkesan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya