98 pelatih PDRM positif Covid-19 - Utusan Malaysia

98 pelatih PDRM positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 98 pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di dua Pusat Latihan Polis (Pulapol) disahkan positif Covid-19.

Mereka yang positif adalah 78 pelatih kadet inspektor dari Pulapol Kuala Lumpur manakala 20 lagi pelatih konstabel dari Pulapol Segamat, Johor.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, penularan tersebut menyebabkan sesi latihan di dua pusat latihan berkenaan dihentikan buat sementara waktu.

“Pelatih yang positif telah dikuarantin di asrama berasingan dan proses nyah kuman telah dilakukan di semua asrama.

“Buat masa ini tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan bagi mengawal penularan wabak. Kita hanya benarkan pergerakan untuk barang keperluan sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tambah Ramli, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau keadaan dan membuat penilaian risiko.

Semalam, negara mencatatkan kes harian tertinggi apabila 5,725 kes baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 203,933 kes.

KKM dalam kenyataan berkata, peningkatan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak terbabit dalam negara bertambah kepada 203,933 kes dengan kebolehjangkitan 45,478 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 5,718 kes penularan tempatan, manakala tujuh lagi kes import. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN