93 mangsa banjir masih berada di PPS - Utusan Malaysia

93 mangsa banjir masih berada di PPS

R. Vidyananthan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal seramai 93 orang daripada 23 keluarga yang masih ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi sehingga pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, hanya dua daerah masih terjejas akibat banjir iaitu Segamat dan Batu Pahat.

“Setakat pagi ini, Segamat menempatkan seramai 76 mangsa di PPS Sekolah Agama Gemereh, manakala 17 penduduk berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunut di Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, hanya terdapat satu laluan yang masih ditutup buat semua kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi – Kluang di Taman Seri Impian, Kluang akibat kejadian tanah runtuh.

Keadaan banjir di Johor dijangka akan terus pulih apabila Jabatan Meteorologi Malaysia tidak meramalkan cuaca hujan lebat dan berterusan akan berlaku di negeri ini, hari ini.

Sementara itu, Vidyananthan turut mengingatkan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negeri Johor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya