836 saman ambang tahun baharu - Utusan Malaysia

836 saman ambang tahun baharu

Anggota JPJ Johor melakukan Ops Ambang Tahun Baru di seluruh negeri Johor malam semalam.-IHSAN JPJ JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor mengeluarkan sebanyak 836 notis bagi pelbagai kesalahan pada OPS Ambang Tahun Baru, semalam.

Menurut kenyataan JPJ Johor, operasi tersebut diadakan di beberapa tempat di seluruh negeri ini antaranya di Kilometer (KM)1, Jalan Ayer Hitam; Jalan Sultan Ismail dan Jalan Lido, Johor Bahru; KM2 Jalan Mersing – Kota Tinggi, Jalan Laksama, Segamat; Batu 13, Jalan Pontian, Pontian dan KM11 Jalan Kluang – Batu Pahat.

Katanya, operasi itu melibatkan seramai 164 orang pegawai dan anggota dan turut dibantu oleh anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 836 notis telah dikeluarkan dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 198, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1992.

“Antara kesalahan yang dilakukan antaranya lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan motor dan insurans tamat tempoh, penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spefikasi yang ditetapkan, penggunaan lampu HID dan lain-lain kesalahan teknikal,” katanya dalam kenyataan rasmi di Facebook JPJ Johor hari ini.

Menurut kenyataan itu, aktiviti penguatkuasaan JPJ Johor akan diteruskan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lalu lintas serta keselamatan pengguna jalan raya sentiasa dalam pemantauan pihak berkuasa.

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya