8 kes positif Covid-19, SK Sultan Sulaiman 1 ditutup 14 hari - Utusan Malaysia

8 kes positif Covid-19, SK Sultan Sulaiman 1 ditutup 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 di sini ditutup selama 14 hari berikutan lapan kes positif Covid-19 yang dikesan di institusi itu, hari ini. 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan sementara itu bermula hari ini hingga 5 Februari depan bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan. 

“Lapan kes positif Covid-19 di SK Sultan Sulaiman 1 itu disahkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Nor Azimi berkata, penutupan sementara mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit. 

Dalam perkembangan sama, jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini kini tiga angka iaitu yang tertinggi pernah direkodkan dengan sebanyak 178 kes. 

Mengikut infografik Jabatan Kesihatan negeri, daripada jumlah itu sebanyak 42 kes membabitkan daerah Kuala Terengganu manakala Besut (29 kes),  Setiu (23 kes), Kuala Nerus (20 kes), Dungun (16 kes), Marang (8 kes), Hulu Terengganu (7 kes) dan Kemaman (1 kes).

Perkembangan tersebut menjadikan keseluruhan kes yang pesakit Covid-19 dirawat di negeri ini meningkat kepada  506 kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN