7 anggota bomba bantu usung lelaki obesiti - Utusan Malaysia

7 anggota bomba bantu usung lelaki obesiti

ANGGOTA jabatan bomba dan penyelamat membantu membawa turun seorang lelaki obesiti dengan berat badan 150 kilogram dari kediamannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seramai tujuh anggota bomba membantu membawa turun seorang lelaki obesiti yang mengalami masalah kesihatan dari kediamannya di aras empat, Kondominium Spring Field, Bayan Lepas, di sini hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rithuwan Nordi Md Ashari ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada pihak hospital kira-kira pukul 1.30 petang dan tiba ke lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, operasi mengangkat mangsa berusia 51 tahun itu dijalankan dengan bantuan anggota Balai Bomba Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau.

“Sebaik sahaja tiba di kediaman mangsa, kita mendapati dia yang mempunyai berat 150 kilogram itu berada dalam keadaan berbaring di atas katil di dalam biliknya.

“Seramai tujuh anggota membantu mengangkatnya dengan menggunakan alat pengusung.

“Operasi membawa turun mangsa mengambil masa kurang 10 minit dan dia kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Beliau memberitahu, mangsa dibawa ke HPP untuk menghadiri temu janji dengan doktor berhubung masalah kesihatan yang dialaminya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya