7.4 tan biji benih sayur dirampas  - Utusan Malaysia

7.4 tan biji benih sayur dirampas 

BIJI benih pelbagai jenis sayur yang dirampas oleh Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menyita kira-kira 7.4 tan biji benih pelbagai jenis sayur di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam. 

Rampasan kira-kira pukul 5.20 petang itu dibuat selepas sebuah kontena didapati membawa produk berkenaan tanpa permit import sah yang dikeluarkan Maqis. 

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan rutin pihaknya itu menemukan beberapa jenis biji benih sayur yang dibawa dari China seberat 7,407 kilogram (kg) dan bernilai lebih RM175,700. 

“Kita menahan sebanyak 1,595 kg biji benih kubis Cina bernilai RM29,939.25 kerana tidak mempunyai dokumen import permit yang sah. 

“Selain itu, kita turut merampas kira-kira 5,812 kg biji benih lain seperti timun, terung, lobak putih dan kailan yang dianggarkan bernilai RM145,785.71,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut Zarina, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 11(1) dan Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN