CAP gesa tindakan tegas kepada peniaga dan perokok di kawasan UNESCO - Utusan Malaysia

CAP gesa tindakan tegas kepada peniaga dan perokok di kawasan UNESCO

N.V Subbarow menunjukkan rokok yang kini dijual secara meluas di tapak warisan dunia UNESCO, Georgetown, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan perokok yang didapati melanggar peraturan di kawasan tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di sini.

Ini kerana, tinjauan CAP baru-baru ini mendapati ramai perokok serta peniaga melanggar arahan di kawasan berkenaan yang diwartakan sebagai zon bebas asap rokok pada 2015.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, pihaknya melihat ramai individu tidak mematuhi arahan larangan merokok di situ dan dengan sewenang-wenangnya menghisap rokok dan rokok elektronik.

“Walaupun terdapat banyak papan tanda yang memaklumkan kawasan tapak warisan UNESCO ini adalah larangan merokok, namun masih ramai yang tidak patuh dengan arahan.

“Mereka melakukan kesalahan ini kerana merasakan tidak ada pegawai penguat kuasa akan datang melakukan tinjauan kerana berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Subbarow, CAP juga mendapati ramai peniaga yang menjual rokok kepada pelanggan dan jelas melanggar undang-undang.

“Peniaga juga mengakui perokok di kawasan itu tidak lagi membeli rokok yang dijual di dalam kotak.

“Sebaliknya, perokok membeli rokok yang dijual secara berasingan mengikut jumlah yang dikehendaki dan harga yang dikenakan adalah sekitar RM1 untuk dua batang rokok,” katanya.

Tambah beliau, peniaga juga mengakui jumlah pembeli rokok di kawasan tapak warisan dunia UNESCO itu turut meningkat semasa tempoh PKP dilaksanakan.

“Peniaga mendedahkan banyak pekerja dari kedai-kedai yang ditutup semasa PKP mula merokok kerana mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya