660 ditahan ingkar SOP dengan 621 daripadanya dikompaun - Utusan Malaysia

660 ditahan ingkar SOP dengan 621 daripadanya dikompaun

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah individu ditahan semalam bertambah daripada kelmarin melibatkan 660 individu atas pelbagai kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 56,935 pemeriksaan dengan meliputi pelbagai premis terdapat seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 621 dikompaun dan 39 direman dengan kes tertinggi kekal iaitu tidak memakai pelitup muka sebanyak 228.  

“Diikuti gagal sedia alat rekod butiran (121), tiada jarak fizikal (96), premis dibuka lebih masa (63), rentas kawasan tanpa izin (54) dan lain-lain (97),” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sejumlah 2,947 pasukan meliputi 12,402 anggota telah memantau sebanyak 3,396 pasar raya, 4,953 restoran, 1,712 penjaja, 1,062 kilang, 3,178 bank dan 639 pejabat kerajaan.

Turut dipantau di seluruh negara semalam ujar beliau ialah sebanyak 994 terminal pengangkutan darat, 209 terminal pengangkutan air dan 62 terminal pengangkutan udara.

Seramai 24 pendatang asing tanpa izin turut ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak 17 kenderaan darat juga dirampas, manakala 447 sekatan jalan raya dibuat selain operasi itu mengesan 113 bot atau kapal berdekatan perairan negara,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan sejumlah 85 operasi sanitasi awam juga dibuat meliputi 40 zon merah, satu zon jingga dan 10 zon kuning di seluruh negara semalam

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, semalam hanya 608 individu tiba di tanah air dengan kesemuanya diarahkan untuk menjalani proses itu di sejumlah 28 stesen kuarantin.

“Sejumlah 108,922 individu pulang ke negara ini sejak 24 April lalu dengan kuarantin wajib di 79 buah hotel serta 16 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) memeriksa 52 tapak binaan dengan tiga diberi amaran kerana tidak patuhi SOP manakala satu diarahkan ditutup.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 557 peruncit, 164 pemborong dan 26 pengilang.

Pegawai penguat kuasa kementerian itu juga melakukan sejumlah 1,515 pemeriksaan khas pematuhan di seluruh negara dengan kesemua premis didapati mematuhi SOP ditetapkan. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya