Sebanyak 60 peratus pengimport daging adalah bumiputera

60 peratus pengimport daging adalah bumiputera

RONALD Kiandee (tiga dari kiri) menunjukkan cili di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Selangor. - FOTO/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyangkal dakwaan berhubung pengimport daging bumiputera dinafikan hak dalam industri tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, setakat ini, rekod yang terdapat di kementerian menunjukkan sebanyak 60 peratus pengimport adalah diberikan kepada bumiputera.

Namun katanya, kuota import diberikan berdasarkan kapasiti perniagaan bagi sesebuah syarikat pengimport tersebut.

“Contohnya, bagi Darabif Meat Company dan Ramly Food Processing Sdn. Bhd., mereka merupakan pengimport bumiputera dan dari aspek kuantiti mereka mampu bersaing dengan bukan bumiputera.

“Oleh yang demikian, kuota import ditentukan berdasarkan perniagaan kepada perniagaan dan secara keseluruhan 60 peratus pengimport adalah dalam kalangan bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, di sini hari ini.

Terdahulu, Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan bahawa pengimport daging bumiputera dinafikan hak dan peluang dalam industri itu sejak sekian lama. 

Tajuddin mendakwa, industri bernilai berbilion ringgit itu dimonopoli dan dikawal beberapa pengimport bukan bumiputera, sedangkan pasaran terbesar daging halal adalah orang Melayu Islam.

Sementara itu, Kiandee berkata, buat masa ini tiada mana-mana syarikat yang disenarai hitamkan berhubung isu kartel daging namun terdapat beberapa yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jelas beliau, pihaknya sedia maklum tentang isu tersebut dan cuma akan bertindak terhadap pemegang permit import (AP) yang melanggar syarat.

“Selagi tiada bukti pelanggaran syarat AP yang ditetapkan kerajaan, tiada isu senarai hitam berbangkit. Namun, buat masa ini, kita sedang menunggu siasatan di bawah agensi penyiasat dan jika ada bukti penglibatan pelanggaran syarat, tindakan tegas akan diambil.

“Setakat ini, daripada segi pengimportan halal dan pematuhan syarat, kita sedang memantau supaya pemegang AP mengikut peraturan ditetapkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya