5,728 kes positif, 13 kematian - Utusan Malaysia

5,728 kes positif, 13 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sekali lagi kes harian Covid-19 menghampiri 6,000 kes iaitu 5,728 kes sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 209,661 kes.

Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 47,388 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 319 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 120 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 13 kematian.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 3,805 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 161,527 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN