5,725 kes baharu, 16 kematian - Utusan Malaysia

5,725 kes baharu, 16 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sejak wabak terbabit melanda negara ini menghampiri 6,000 kes iaitu 5,725 kes sekali gus mengatasi rekod tiga kali melebihi 4,000 kes.

Ia menjadikan kes positif negara sebanyak 203,933 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 45,478 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 301 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 115 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 16 kematian.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 3,423 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 157,722 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN