472 ingkar SOP PKP - Utusan Malaysia

472 ingkar SOP PKP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis menahan 472 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 457 dikompaun manakala 15 direman. 

Menurut beliau, antara kesalahan itu ialah tidak memakai pelitup muka (182), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (85), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (32) dan lain-lain kesalahan (42). 

“Sebanyak 54,292 pemeriksaan dilakukan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP melibatkan 2,564 Pasukan Pematuhan dengan kekuatan 10,858 anggota.

“Operasi Benteng pula berjaya menahan 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas empat kenderaan darat selain melaksanakan 444 sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 105,603 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua ditempatkan di 83 hotel dan 17 premis lain sejak 24 Julai lalu. 

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 8,588 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan selain seramai 96,475 individu dibenarkan pulang. 

Beliau berkata, sebanyak 14,359 pemeriksaan dilakukan sejak 20 April lalu oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melibatkan 8,132 tapak binaan di seluruh negara.

Bagi tempoh semalam sahaja, katanya, anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan di 22 tapak binaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 17 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sebanyak empat tapak binaan tidak patuh SOP (satu tapak binaan diarahkan tutup) manakala satu tapak binaan tidak beroperasi,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya