413 lagi ditahan ingkar SOP - Utusan Malaysia

413 lagi ditahan ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 413 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan 396 daripadanya dikompaun manakala 17 lagi individu direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan direkodkan ialah rentas daerah atau negeri tanpa  kebenaran (101), tidak memakai pelitup muka (84), gagal menyediakan  peralatan atau merekod butiran pelanggan (64), tiada penjarakan fizikal (48), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (38) dan lain-lain (78). 

Menurut beliau, sebanyak 64,391 pemeriksaan dilakukan semalam melibatkan 3,011 Pasukan Pematuhan dengan kekuatan 13,139 anggota.

“Operasi Benteng pula berjaya menangkap 32 orang pendatang asing tanpa izin dan merampas dua kenderaan darat.

“Dalam  operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 105 bot atau kapal di perairan  negara melalui lima aktiviti penglihatan selain menjalankan 540 sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 652 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa  dan semuanya dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh  negara.

Beliau memberitahu, sejak 24 April lalu, seramai 112,110 individu pulang ke tanah air  dan kesemua ditempatkan di 76 hotel dan 13 premis lain. 

Sehingga kini, katanya, seramai 103,872 orang dibenarkan pulang manakala 541  lagi dibawa ke hospital. 

Mengenai pemeriksaan di tapak binaan, beliau berkata, anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan  Malaysia (CIDB) membuat 23 pemeriksaan di lokasi itu di seluruh  negara, dan mendapati sebanyak 22 tapak binaan terbabit mematuhi SOP manakala satu lokasi tidak patuh. 

“Secara keseluruhannya, CIDB sudah melakukan 14,821 pemeriksaan  melibatkan 8,398 tapak binaan sejak 20 April lalu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pemantauan serta pemeriksaan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan  makanan berada dalam keadaan stabil dan mencukupi.

 Semalam, katanya, kementerian membuat 711 pemantauan harian ke atas 11  jenis bekalan barangan terdiri peruncit (526), pemborong (157) dan  pengilang (28)  selain melaksanakan 1,590 pemeriksaan khas pematuhan  SOP.

“Daripada jumlah itu, 1,552 premis mematuhi SOP, 16 diberi nasihat, 19 dikenakan amaran manakala tiga lagi premis dikompaun,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya