IPOH: Seramai 40,810 pelajar memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah-sekolah di negeri ini hari ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali berkata, seramai 361,245 pelajar lagi mengikuti pembelajaran melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
“Sebanyak 1,102 sekolah beroperasi di negeri ini melibatkan 852 buah sekolah rendah dan 250 buah sekolah menengah,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE