4,076 kes sembuh, 3,585 kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

4,076 kes sembuh, 3,585 kes positif Covid-19

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi merekodkan kes sembuh Covid-19 melebihi 4,000 kes iaitu 4,076 kes berbanding 4,427 kes yang direkodkan tiga hari lalu.

Bagaimanapun, kes harian Covid-19 masih melepasi 3,000 kes iaitu 3,585 kes dengan 11 kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 190,434 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 40,574 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 280 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,295 kes diikuti Kuala Lumpur, 610 kes; Johor, 516 kes; Sabah, 303 kes; Sarawak, 205 kes; Negeri Sembilan, 129 kes dan Pulau Pinang, 104 kes.

“Baki negeri pula mencatatkan kes yang tidak melebihi dua angka manakala Perlis, dua kes dan Labuan, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai 11 kematian, beliau berkata, ia membabitkan tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 42 hingga 92 tahun.

Katanya, ia melibatkan empat kes dari Kuala Lumpur, tiga kes dari Sarawak, dan masing-masing satu kes dari Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

“Sebanyak 10 kes kematian melibatkan warga tempatan dan satu kes warga asing.

“Tiga kes tidak mempunyai penyakit manakala lapan pesakit mempunyai pelbagai latar penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, epilepsy, buah pinggang kronik, hyperthyroidism, jantung, obesiti, Obstructive Sleep Apnoea (OSA) dan obstruktif paru-paru kronik (COAD),” katanya.

Noor Hisham berkata, tiga kluster berkaitan tempat kerja ialah Kluster Jalan Cochrane di Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebanyak 26 kes dari 76 individu serta Kluster Jalan Platinum di Johor Bahru, Johor, sebanyak 33 kes dari 66 individu dan Kluster Intan Delima di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, sebanyak 25 kes dari 253 individu yang disaring.

“Dua kluster komuniti iaitu Kluster Jalan Padi Mahsuri di Kulai, Johor, seramai 28 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif dan Kluster Kampung Bukit Putera di Setiu, Terengganu, sebanyak 25 kes positif dari 293 individu yang disaring.

“Kluster berkaitan keagamaan, Kluster Keladi Saga di Kulim, Kedah, sebanyak 34 kes dari 49 individu disaring dan Kluster Tembok Bukit Besi adalah kluster pusat tahanan di Dungun, Terengganu, seramai 1,131 individu disaring, di mana 99 kes dikesan positif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN