4 dikompaun ingkar PKP di Bentong - Utusan Malaysia

4 dikompaun ingkar PKP di Bentong

EMPAT individu dikompaun kerana duduk semeja di kedai makan tanpa pelitup muka di Bentong, Pahang.-UTUSAN/FB Polis Bentong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tindakan empat individu sesuka hati duduk semeja di kedai makan dekat sini, tanpa pelitup muka, mengundang padah apabila mereka dikompaun. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, tindakan empat individu terbabit yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dikesan hasil maklumat orang awam. 

“Bertindak atas maklumat disalurkan orang awam, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan pemeriksaan di kedai berkenaan pukul 4.45 petang semalam dan mendapati terdapat empat lelaki berusia antara 38 hingga 59 tahun dalam premis itu. 

“Semua lelaki berkenaan didapati mengelilingi satu meja, tidak memakai pelitup muka serta mengabaikan penjarakan fizikal dan perbuatan ini adalah melanggar SOP ditetapkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula kira-kira dua minggu lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zaiham berkata, individu itu dikompaun mengikut Perkara 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata pihak IPD Bentong sudah mengeluarkan 22 kompaun kepada individu ingkar SOP sejak PKP 2.0 dilaksanakan pada 22 Januari lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN