372 dikompaun ingkar SOP, ramai ditahan di pusat hiburan

372 dikompaun ingkar SOP, ramai ditahan di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 372 individu ditahan Task Force Operasi Pematuhan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka dikompaun dengan kes paling tinggi ialah aktiviti di pusat hiburan sebanyak 105 individu.

“Ini diikuti gagal sedia peralatan merekod butiran (95), tidak memakai pelitup muka (93), gagal jaga penjarakan fizikal (76) dan lain-lain (3),” kata beliau menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, sejumlah 2,686 pasukan pematuhan meliputi 11,901 anggota ditugaskan memantau 3,480 pasar raya, 4,657 restoran, 1,796 penjaja, 1,273 kilang, 3,204 bank dan 559 pejabat kerajaan.

Turut dipantau pasukan itu di seluruh negara semalam ujarnya, ialah sebanyak 853 terminal pengangkutan darat, 268 terminal pengangkutan air dan 72 terminal pengangkutan udara

Sejumlah 26 pendatang asing tanpa izin turut ditahan melalui Operasi Benteng oleh pelbagai agensi bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak Covid-19.

“Sebanyak sembilan buah kenderaan darat juga dirampas manakala 113 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dikawal ketat,” jelas Ismail Sabri.

Dalam pada itu, 39 operasi sanitasi awam telah dijalankan meliputi 22 zon merah, empat zon kuning dan dua zon hijau melibatkan sembilan negeri dan semua tiga wilayah persekutuan.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, sehingga kini seramai 8,172 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu, manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Sejumlah 92,446 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 80 buah hotel serta 17 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Binaan memeriksa11 tapak binaan di seluruh negara dan kesemuanya didapati telah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat sejumlah 689 pemantauan yang meliputi 531 peruncit, 128 pemborong dan 30 pengilang.

“Turut dijalankan di seluruh negara ialah 1,361 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan kesemuanya didapati mematuhi peraturan kecuali dua premis yang diberi nasihat,” tegasnya.

Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk aspek kebersihan diri dalam melakukan aktiviti jual beli barangan keperluan harian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya