3,314 mangsa banjir di Johor pada hari pertama PKP - Utusan Malaysia

3,314 mangsa banjir di Johor pada hari pertama PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini dijangka mulai pulih hari ini selepas Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tidak akan berlaku cuaca hujan lebat atau berpanjangan seperti beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, masih terdapat seramai 3,314 mangsa masih ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri setakat ini.

Menurut beliau, sebanyak lima daerah di Johor masih terjejas banjir iaitu Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

“Setakat ini, Kota Tinggi masih merupakan daerah paling terjejas dengan merekodkan seramai 2,202 mangsa daripada 587 keluarga yang ditempatkan di 22 buah PPS.

“Diikuti Johor Bahru seramai 922 mangsa, Kluang (97), Segamat (76) dan Pontian (17),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Vidyananthan memaklumkan, hanya terdapat satu laluan yang masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian akibat kejadian tanah runtuh, kelmarin.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini bagi negeri Johor.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya