PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 3,309 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negara sebanyak 141,433 kes.
Kes baharu tersebut adalah kes harian yang paling tinggi direkodkan.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 30,390 kes.
Terdapat pula 190 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 83 kes memerlukan bantuan pernafasan serta empat kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan kes positif baharu sebanyak 1,007 diikuti Johor, 442 dan Sabah, 409 serta Kuala Lumpur, 326.
Pulau Pinang pula, 317 kes dan Perak, 241 kes serta Sarawak, 146 kes manakala baki negeri merekodkan kes purata dua digit kecuali Perlis, sifar kes.
“Bagi kes sembuh pula, Malaysia merekodkan sebanyak 1,469 kes dan jumlah kumulatif kes 110,584 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE