3,211 kes baharu, 8 kematian, Selangor terus mendahului

3,211 kes baharu, 8 kematian, Selangor mendahului

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan untuk kali keempat kes harian Covid-19 yang melepasi 3,000 iaitu 3,211 kes dalam tempoh 15 hari bagi tahun 2021.

Jumlah itu menjadikan kes positif negara sebanyak 151, 066 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula
adalah 35,253 kes.

Terdapat 204 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan dan lapan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 889 kes diikuti Johor, 535 kes; Sabah, 514 kes; Kuala Lumpur, 401 kes; Pulau Pinang, 194 kes dan Kedah, 142 kes.

“Negeri lain pula merekodkan purata pertambahan kes dua angka kecuali Labuan, sembilan kes manakala Perlis, sifar kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 1,939 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 115,227 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya