32 mangsa dipindahkan di Maran - Utusan Malaysia

32 mangsa dipindahkan di Maran

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa yang terjejas selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Jara, Maran, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seramai 32 mangsa daripada lapan keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Mohd. Zairosnizam Mohd. Tarmizi berkata, kesemua mangsa daripada Kampung Jara dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Jara sejak semalam.

“Limpahan Sungai Ulu Jempol akibat hujan lebat menyebabkan 11 buah rumah dinaiki air dan kesemua 11 keluarga dipindahkan ke PPS.

“Pada masa ini pihak berkuasa masih terus melakukan pemantauan berterusan dan bersiap sedia memindahkan mangsa yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zairoshizam, mangsa yang dipindahkan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), seorang warga emas, dua bayi, 12 kanak-kanak dan 16 dewasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya