3 termasuk 2 polis cedera nahas dua kenderaan  - Utusan Malaysia

3 termasuk 2 polis cedera nahas dua kenderaan 

DUA anggota polis termasuk tiga yang cedera dalam kemalangan melibatkan kenderaan peronda polis jenis Honda Civic dengan kereta jenis Proton Waja di Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang tadi.-GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai tiga individu termasuk dua anggota polis cedera selepas terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di simpang tiga berhampiran jejambat Jalan Nangka, di sini pukul 4.20 petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, ketika kejadian, dua anggota polis tersebut yang menaiki kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic sedang dalam perjalanan menuju ke ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini dari arah Sungai Rambai. 

Secara tiba-tiba, katanya, MPV itu dirempuh oleh sebuah kereta lain iaitu Proton Waja yang datang dari sebelah kanan jalan. 

“Akibatnya, pemandu MPV tersebut iaitu Lans Koperal Muhamad Shahrin Sharif luka di bahagian kening dan dahi manakala seorang lagi anggota iaitu Konstabel Mohd. Nasir Abu Seman mengalami bengkak di bahagian kepala. 

“Sementara itu, pemandu Proton Waja terbabit iaitu seorang wanita berusia 44 tahun dan tidak bekerja pula mengalami kesakitan di bahagian dada,” katanya kepada pemberita di sini malam ini. 

Shafee berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam di sini untuk rawatan lanjut. 

“Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujar beliau.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya