2,985 kes , 11 kluster, Selangor kekal tertinggi - Utusan Malaysia

2,985 kes , 11 kluster, Selangor kekal tertinggi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes positif baharu Covid-19 empat angka iaitu 2,985 kes positif yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negara sebanyak 144,518 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 32,377 kes.

Terdapat pula, 197 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengabn 79 kes memerlukan bantuan pernafasan serta empat kematian dan 11 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif baharu iaitu 837 kes, diikuti Johor, 535 kes; Sabah, 450 kes; Kuala Lumpur, 289 kes; Sarawak, 166 kes, Pahang 143 kes, Pulau Pinang, 105 kes; Negeri Sembilan, 106 kes;

Katanya, baki negeri lain pula merekodkan purata kes dua angka kecuali Perlis, satu kes manakala Labuan, tiada kes.

Bagi kes sembuh pula, Malaysia merekodkan sebanyak sebanyak 994 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 111,578 kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya