Seramai 2,943 mangsa banjir kekal di Johor pagi ini

2,943 mangsa banjir di Johor pagi tadi

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini tidak menunjukkan perbezaan ketara apabila seramai 2,943 orang daripada 812 buah keluarga masih ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu hanya menurun sedikit berbanding seramai 2,991 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam, semalam.

Jelasnya, kesemua 30 PPS yang dibuka itu melibatkan lima buah daerah yang terjejas di negeri ini.

“Daerah paling teruk terjejas adalah Kota Tinggi dengan seramai 2,110 mangsa, diikuti Johor Bahru (624), Kluang (121), Segamat (76) dan Batu Pahat (12).

“Sementara itu, hanya terdapat satu laluan yang masih ditutup buat semua kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian akibat kejadian tanah runtuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, keadaan dijangka semakin pulih hari ini apabila Jabatan Meteorologi Malaysia tidak meramalkan keadaan cuaca hujan lebat dan berpanjangan di negeri ini.

“Pada masa sama, masyarakat diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negeri Johor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya