279 kertas siasatan kes berita palsu Covid-19 - Ismail Sabri

279 kertas siasatan kes berita palsu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 279 kertas siasatan dibuka sehingga semalam oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah ini, 141 kes masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 12 kes diberi notis amaran.

“Bagi kes yang didakwa, sehingga kini 21 telah didapati bersalah di mahkamah manakala 13 lagi dalam proses perbicaraan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Pasukan Respons Pantas (PRP) di bawah kementerian itu juga ujar beliau, mengeluarkan sebanyak 425 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu berkaitan wabak berkenaan.

Kerajaan tegas beliau, memandang serius dan tidak akan bertoleransi terhadap penyebar berita palsu sehingga menimbulkan suasana panik dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya kerana boleh dikenakan tindakan jika menyebarkan perkara belum sahih.

“Jika dapat sebarang berita yang diragui kesahihannya, anda boleh menyemak atau menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-89115103 atau layari www.sebenarnya.my, katanya. – UTUSA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya