2,643 kes baharu, 16 kematian tertinggi - Utusan Malaysia

2,643 kes baharu, 16 kematian tertinggi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif baharu Covid-19 iaitu 2,643 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 131,108 kes.

Selain itu, sebanyak 16 kematian tertinggi direkodkan dan enam kluster baharu manakala sehingga kini, terdapat 170 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,086 kes diikuti Sabah sebanyak 401 kes dan Johor, sebanyak 298 kes.

“Sebanyak 2,708 kes sembuh direkodkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 105,431 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya