2,451 kes, Selangor kembali dahului negeri tertinggi

2,451 kes baharu, Selangor tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 2,451 kes yang menjadikan jumlah kes positif negara sebanyak 133,559 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 26,185 kes.

Terdapat pula, 177 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan serta lima kluster baharu dan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 1,401 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya sebanyak 106,832 kes.

Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 564 kes diikuti Sabah sebanyak 409 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 351 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya