2,433 kes positif, 9 kematian - Utusan Malaysia

2,433 kes positif, 9 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 empat angka iaitu 2,433 kes, sekali gus menjadikan jumlah kes positif negara sebanyak 135,992 kes, selain sembilan lagi kematian.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 27,332 kes.

Bagi kes penularan dalam negara, 1,784 kes adalah membabitkan warganegara Malaysia manakala 642 kes pula warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini terdapat 171 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan dan sembilan kematian serta lima kluster baharu.

“Bagi kes sembuh pula adalah sebanyak 1,277 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 108,109 kes.

“Selangor merekoskan kes harian baharu tertinggi iaitu 730 kes diikuti Sabah, 403 kes dan Johor, 321 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya