213 CAC ditubuhkan tangani Covid-19 - Utusan Malaysia

213 CAC ditubuhkan tangani Covid-19

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menubuhkan 213 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara bagi mengendalikan penilaian pesakit yang menjalani rawatan di rumah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 40 CAC telah ditubuhkan di Sarawak, Pulau Pinang (30), Sabah (25), Selangor (19), Kelantan (14), dan Terengganu (13).

Beliau berkata, manakala bakinya masing-masing 11 di Perlis, Kedah, Perak dan Pahang serta 10 di Johor, Negeri Sembilan (7), Melaka (5), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya (5) dan yang terakhir Wilayah Persekutuan Labuan (1).

“CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit Covid-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

“Secara amnya, satu daerah mempunyai satu CAC dan ada kemungkinan wujudnya dua atau lebih bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan.

“CAC akan berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah. Petugas kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (HAT),” katanya dalam satu kenyataan.

Adham menambah, pasukan CAC juga akan bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk.

Jelasnya, mereka juga berperanan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit kategori satu dan dua yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan dipantau dari rumah.

“CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital. Setiap CAC di peringkat daerah diketuai oleh seorang koordinator. Orang ramai yang mempunyai keperluan boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang akan dinyatakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

“Justeru dengan langkah-langkah tersebut, Kementerian Kesihatan menyeru supaya kita bersama-sama memerangi penularan Covid-19 secara bersepadu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya