KUALA TERENGGANU: Seramai 20 bayi selamat dilahirkan di hospital-hospital di negeri ini sempena tahun baharu 2021 dengan kelahiran pertama dicatatkan pada pukul 12.34 pagi.
Daripada jumlah itu, 14 adalah bayi perempuan manakala enam lagi bayi lelaki.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, setakat pukul 10 pagi ini, kelahiran tertinggi direkodkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dengan seramai 14 bayi.
“Di samping itu, tiga bayi direkodkan dilahirkan di Hospital Kemaman manakala Hospital Dungun (dua bayi) dan Hospital Besut (satu bayi).
“Bayi tahun baharu 2021 yang pertama dilahirkan di HSNZ dan sehingga tempoh ini belum ada kelahiran dicatatkan di Hospital Hulu Terengganu dan Setiu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. -UTUSAN ONLINE