1,708 mangsa banjir Kemaman pulang ke rumah - Utusan Malaysia

1,708 mangsa banjir Kemaman pulang ke rumah

MASJID Pengkalan Pandan di Kemaman dinaiki air, semalam.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Daerah Kemaman yang mencatatkan angka banjir tertinggi sejak seminggu lalu, bagaimanapun mulai menunjukkan penurunan apabila seramai 1,078 mangsa bah mulai pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, seramai 9,424 mangsa membabitkan 2,340 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) daerah itu berbanding sejumlah 11,132 orang membabitkan 2,772 keluarga yang direkodkan pukul 6 petang semalam.

Katanya, perkembangan itu sekali gus menjadikan keseluruhan penduduk yang terjejas banjir fasa kelima di Terengganu ialah seramai 11,804 orang membabitkan 3,009 keluarga.

“Memasuki hari ketujuh bah di Terengganu, sebahagian penduduk di Kemaman termasuk di Air Putih dan Seberang Tayor telah pulang ke rumah masing-masing manakala di Dungun, angka banjir meningkat kepada 2,292 yang ditempatkan di 24 PPS.

“Bagi mangsa di Hulu Terengganu yang seramai 88 orang, mereka dijangka kembali ke kediaman masing-masing pada bila-bila masa dan kemungkinan dua PPS yang ada ditutup pagi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Adam, cuaca di seluruh negeri mendung dan kadangkala hujan di beberapa kawasan di samping paras sungai yang terus mencatatkan trend menurun di bahagian hulu.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan penduduk yang pulang ke rumah agar berwaspada dengan binatang berbisa atau objek tajam di kediaman masing-masing demi memastikan keselamatan keluarga terjamin.

“Sebarang bantuan, hubungi pihak keselamatan di daerah masing-masing,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya